Jumaat, 15 Februari 2019 | 10:55pm
Myanmar Armed Forces Commander-in-Chief Senior General Min Aung Hlaing arrives to attend a reception to mark the 72nd anniversary of country's National Union Day in Naypyidaw on February 12, 2019. (Photo by Thet AUNG / AFP)
Myanmar Armed Forces Commander-in-Chief Senior General Min Aung Hlaing arrives to attend a reception to mark the 72nd anniversary of country's National Union Day in Naypyidaw on February 12, 2019. (Photo by Thet AUNG / AFP)

Ketua junta Myanmar terus nafi genosid Rohingya

TOKYO: Ketua junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing yang berdepan gesaan antarabangsa supaya dihukum kerana melakukan genosid ke atas Muslim Rohingya, menafikan penindasan sistematik oleh tentera sebaliknya berkata, tuduhan itu menghina negaranya.

Dalam wawancara pertamanya sejak tentera Myanmar melancarkan tindakan keras pada 2017, Min Aung Hlaing ragu-ragu dengan dalwaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 730,000 Rohingya lari ke Bangladesh dan penderaan oleh junta, mengatakan pelarian diajar untuk bercakap.

“Kritikan tanpa sebarang bukti tertentu menjejaskan maruah negara,” katanya kepada akhbar harian Jepun, Asahi Shimbun dalam wawancara diterbitkan hari ini.

Tentera Myanmar melancarkan tentangan di Rakhine pada 2017 sebagai tindak balas terhadap siri serangan oleh pemberontak Rohingya ke atas pos keselamatan berhampiran sempadan Bangladesh.

Satu misi pencarian fakta PBB tahun lalu berkata, kempen tentera yang dikatakan pelarian termasuk pembunuhan beramai-ramai dan rogol, dirancang dengan ‘niat genosid’ dan mencadangkan supaya mendakwa Min Aung Hlaing dan lima jeneral lain dengan ‘hukuman jenayah paling berat mengikut undang-undang antarabangsa.’

Ketua agensi pelarian PBB, Filippo Grandi memberitahu media di Geneva, beliau tidak menyaksikan wawancara itu namun kerajaan Myanmar menandatangani perjanjian dengan badan dunia itu tahun lalu, mengiktiraf wujudnya keganasan dan penduduk lari merentasi sempadan (ke Bangladesh) serta berhak untuk kembali.

“Sekiranya sesetengah di kalangan pengantara kami memiliki pandangan berbeza, kami masih berpegang dengan memorandum persefahaman yang mengiktiraf masalah ini dan menunjukkan secara tepat penyelesaian yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Seorang penyiasat hak asasi PBB berkata bulan lalu, Min Aung Hlaing dan jeneral lain perlu dipertanggungjawabkan atas genosid dilakukan terhadap Rohingya dan ia perlu dilaksanakan sebelum pelarian kembali.

“Adalah wajar memikirkan alasan mereka berpindah ke Bangladesh seperti tinggal dengan saudara atau lari ke negara ketiga. Semua mereka mengatakan perkara yang sama, yang saya percaya seseorang mengarahkan mereka,” kata Min Aung Hlaing. -Reuters

Berita Harian X