X
Khamis, 7 Februari 2019 | 9:04pm
Kembar Siam dari Yaman, Abdelkhaleq dan Abdelkarim dirawat di unit rawatan rapi Hospital al-Thawra, Sanaa. Pasukan perubatan Arab Saudi diketuai Dr Abdullah al-Rabeeah bersedia memisahkan kembar itu.-Foto Reuters

Arab Saudi sedia rawat kembar Siam Yaman

RIYADH: Pasukan perubatan Arab Saudi menawar diri merawat sepasang kembar Siam dari Yaman susulan rayuan daripada doktor di ibu kota ditawan pemberontak itu supaya bayi berkenaan menerima penjagaan pakar di luar negara.

Bayi berkenaan, Abdelkhaleq dan Abdelkarim lahir di luar Sanaa kira-kira 10 hari lalu dan berkongsi buah pinggang dan sepasang kaki namun memiliki jantung dan paru-paru berbeza.

Ketua paediatrik di Hospital Al-Thawra di Sanaa, Dr Faisal al-Babili berkata, jabatannya kekurangan kemudahan untuk merawat atau memisahkan bayi baharu lahir dan membuat rayuan semalam bagi mendapatkan bantuan dari luar negara.

Lewat semalam, Ketua Pusat Bantuan Raja Salman, Dr Abdullah al-Rabeeah berkata, pasukannya bersedia merawat kembar itu.

Beliau berkata, urusan sedang dibuat untuk membawa Abdelkhaleq dan Abdelkarim dari Sanaa ke ibu kota ini ‘secepat mungkin,’ lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Dr Rabeeah berkata, pasukannya akan meneliti kemungkinan memisahkan kembar itu. -AFP

Seorang doktor memeriksa keadaan kembar di Hospital al-Thawra, Sanaa. -Foto Reuters
Seorang doktor memeriksa keadaan kembar di Hospital al-Thawra, Sanaa. -Foto Reuters

Berita Harian X