Ahad, 20 Januari 2019 | 10:05pm
Sistem pemintas Iron Dome milik Israel mendakwa menembak jatuh roket dilepaskan di utara Bukit Golan. -Foto Agensi
Sistem pemintas Iron Dome milik Israel mendakwa menembak jatuh roket dilepaskan di utara Bukit Golan. -Foto Agensi

Syria halang serangan Israel di Bukit Golan

BEIRUT/MOSCOW: Tentera udara Syria menyekat serangan Israel hari ini, menembak jatuh beberapa peluru berpandu menyasar sebuah lapangan terbang di tenggara Damsyik, kata Pusat Kawalan Pertahanan Kebangsaan Russia, dipetik agensi berita RIA.

Serangan itu dilancarkan empat jet pejuang F-16 Israel tidak merosakkan lapangan terbang dan tidak menyebabkan kematian, kata pusat kawalan. Media tempatan Syria turut melaporkan serangan.

“Sistem pertahanan udara kami menghalang serangan udara Israel dan menghalangnya daripada mengenai sasaran,” kata sumber tentera kepada agensi SANA.

Tentera Israel kemudian berkata, sistem pemintas Iron Dome miliknya menembak jatuh roket dilepaskan di utara Bukit Golan diduduki di sempadan Syria.

Kenyataan tentera tidak menyatakan dari mana roket dilancarkan. Bahagian utara Bukit Golan hampir dengan wilayah Lubnan. -Reuters

Berita Harian X