Sabtu, 19 Januari 2019 | 12:46am
KEADAAN salji tebal turun di sekitar Srinagar dan diberitakan sekurang-kurangnya lima orang maut, selepas runtuhan salji. - Foto EPA

5 maut runtuhan salji di Kashmir

SRINAGAR: Sekurang-kurangnya lima orang maut, selepas runtuhan salji menimbus trak yang mereka naiki di Kashmir, semalam, dengan lima mangsa lain hilang, kata pihak berkuasa.

Pegawai kanan tentera, Rajesh Kalia berkata, tentera memulakan operasi mencari dan menyelamat, selepas insiden runtuhan salji di kawasan dikawal ketat Ladakh

Kashmir terpisah antara India dan Pakistan, masing-masing mendakwa mempunyai kedaulatan terhadap seluruh wilayah itu dan pernah berperang tiga kali sejak pemisahan pada 1947. - Reuters

Berita Harian X