Ahad, 16 Disember 2018 | 5:04pm
GAMBAR fail, keadaan persekitaran pinggir bandar pelabuhan Yaman, di Hodeida yang dilanda pertempuran. - Foto Reuters
GAMBAR fail, keadaan persekitaran pinggir bandar pelabuhan Yaman, di Hodeida yang dilanda pertempuran. - Foto Reuters

Yaman bergolak lagi, PBB usaha gencatan senjata

DUBAI: Serangan udara dan pertempuran sengit menggegarkan pinggir bandar pelabuhan Yaman, di Hodeida, kata sumber pro-kerajaan serta penduduk, hari ini, ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berusaha melobi gencatan senjata.

Sumber tentera pro kerajaan berkata, sekurang-kurangnya 29 pejuang, termasuk 22 pemberontak Houthi, terbunuh dalam pertempuran semalam dan serangan udara di wilayah Hodeida.

Penduduk Hodeida yang dihubungi menerusi telefon berkata, pertempuran itu ‘sengit’ dan bunyi jet pejuang kedengaran sepanjang malam. - AFP

Berita Harian X