Sabtu, 1 Disember 2018 | 10:21pm
KETUA agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Lowcock. - Foto EPA
KETUA agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Lowcock. - Foto EPA

Bencana besar menanti Yaman - PBB

ADEN: Ketua agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Lowcock, hari ini memberi amaran Yaman berada ‘di ambang bencana besar’ ketika badan dunia itu menggesa rundingan damai diadakan di negara bergolak itu.

Kenyataannya dibuat selepas pertempuran baru antara pemberontak Houthi dan tentera prokerajaan di Hodeida, pelabuhan penting bagi aliran bantuan kemanusiaan.

“Yaman di ambang bencana besar,” katanya, ketika menamatkan lawatan ke negara itu.

Katanya, keadaan semakin buruk dan membimbangkan sejak lawatan terakhirnya pada Oktober 2017, yang dianggap PBB berhadapan krisis kemanusiaan terburuk dunia.

“Di Aden, yang bertemu kanak-kanak yang tidak mendapat zat sehingga tidak mampu membuka mata.

“Bantuan kemanusiaan membantu ramai kanak-kanak kembali pulih. Namun saya juga dengar cerita menyayat hati mengenai keadaan itu yang berulang kepada mereka kerana keluarga tidak mampu menyediakan makanan atau penjagaan kesihatan yang baik,” katanya.

Lowcock mengulangi kesediaan PBB untuk memainkan peranan memastikan pelabuhan Hodeida yang dikawal pemberontak, pintu masuk utama bagi import dan bantuan, terus dibuka. — AFP

Berita Harian X