Ahad, 25 November 2018 | 3:42pm
PERDANA Menteri Australia, Scott Morrison.- Foto AFP
PERDANA Menteri Australia, Scott Morrison.- Foto AFP

Bekas hakim gesa kerajaan banteras rasuah

SYDNEY: Puluhan bekas hakim Australia menyiarkan surat terbuka kepada Perdana Menteri, Scott Morrison, hari ini menggesa badan antirasuah supaya mengembalikan kepercayaan rakyat dalam proses demokratik negara itu.

Surat berkenaan, yang ditulis 34 bekas hakim termasuk bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Sir Gerard Brennan, berkata penduduk awam mengesyaki rasuah berleluasa meresapi banyak tindakan kerajaan.

“Kerahsian adalah perkara utama perlakuan rasuah.

“Integriti agensi persekutuan sedia ada kekurangan bidang kuasa yang perlu, kuasa mengetahui cara menyiasat dengan sempurna tanpa menyebelahi mana-mana pihak dan kebaikan keputusan dibuat, dan tindak tanduk kerajaan persekutuan dan sektor awam.

“Suruhanjaya Integriti KEbangsaan amat diperlukan untuk mengisi kekosongan dalam sistem dan mengembalikan kepercayaan kepada demokrasi,” menurut surat yang disiarkan dalam akhbar Sunday Age.

Kebimbangan umum mengenai kemungkinan rasuah dalam badan pembuat dasar kerajaan semakin memuncak sejak kebelakangan ini.

Pertubuhan antirasuah, Transparency International Australia, mengadakan tinjauan Jun lalu dan mendapati 82 peratus penduduk percaya sekurang-kurangnya sebahagian anggota Parlimen mengamalkan rasuah, dan dua pertiga rakyat negara itu menyokong pembentukan badan antirasuah. — Reuters

Berita Harian X