Jumaat, 19 Oktober 2018 | 11:44pm
TENTERA Israel dilihat di sebelah pagar sempadan Israel-Gaza. - Foto Reuters
TENTERA Israel dilihat di sebelah pagar sempadan Israel-Gaza. - Foto Reuters
PARAMEDIK Palestin membawa penunjuk perasaan yang cedera semasa demonstrasi berhampiran sempadan dengan Israel, timur Bandar Gaza. - Foto AFP
PARAMEDIK Palestin membawa penunjuk perasaan yang cedera semasa demonstrasi berhampiran sempadan dengan Israel, timur Bandar Gaza. - Foto AFP

77 cedera ditembak askar Israel

GAZA: Seramai 77 penduduk Palestin cedera ditembak askar Israel dalam satu tunjuk perasaan berhampiran sempadan Gaza-Israel hari ini, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Jurucakap tentera Israel, penunjuk perasaan Palestin membaling tayar yang dibakar, bom tangan dan alat letupan ke arah askar Yahudi di seberang sempadan.

Askar Yahudi kemudian membalas dengan tembakan.

Kementerian Kesihatan Gaza memberitahu, kira-kira 30 lagi penduduk Palestin mengalami kesukaran bernafas akibat terhidu gas pemedih mata. - Reuters

Berita Harian X