Khamis, 4 Oktober 2018 | 3:32pm

3 negara Teluk sedia dana RM41 bilion bantu Bahrain

DUBAI: Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menandatangani perjanjian menyediakan bantuan kewangan sehingga AS$10 juta (RM41 bilion) kepada Bahrain, lapor akhbar Al Rai hari ini, memetik sumber diplomatik Teluk yang tidak dinamakan.

Perjanjian akan ditandatangani di Bahrain selepas menteri menamatkan lawatan mereka ke Jordan, yang menyaksikan mereka turut menyediakan bantuan kewangan bagi negara itu.

“Keputusan Teluk pada peringkat tertinggi diambil untuk memulakan langkah pelaksanaan untuk membantu kestabilan kewangan Bahrain,” sumber diplomatik dipetik sebagai berkata.

Harga bon antarabangsa dan mata wang Bahrain berada dalam tekanan tahun ini ketika negara itu menjalankan fiskal dan defisit akaun terkini, sebahagiannya berpunca daripada harga minyak rendah.

Arab Saudi, Kuwait dan UAE, yang bersekutu dengan Bahrain, Jun lalu menyatakan mereka dalam rundingan mengenai pakej bantuan besar-besaran yang berkaitan dengan kemajuan dalam membaharui kewangannya.

Sumber di Bahrain berkata, kerajaan merancang meneruskan pembaharuan menerusi Parlimen sebelum pilihan raya 24 November ini.

Akhbar berkenaan tidak memberikan butiran lanjut mengenai pakej bantuan.

Pakej AS$10 bilion itu menyamai nilai suku keluaran negara kasar tahunan Bahrain dan 28 peratus hutang awam, dan meliputi dua tahun defisit bajet kerajaan menurut unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). - Reuters

Berita Harian X