Sabtu, 29 September 2018 | 1:57am
SALAH seorang pejuang Palestin ketika pertempuran dengan tentera Zionis. - Foto AFP
SALAH seorang pejuang Palestin ketika pertempuran dengan tentera Zionis. - Foto AFP

Jumlah korban penduduk Palestin meningkat 6 orang

GAZA: Jumlah penduduk Palestin yang dibunuh tentera Israel, semalam meningkat kepada enam orang akibat pertempuran baharu di sepanjang sempadan Gaza, kata Kementerian Kesihatan wilayah dikuasai Hamas.

Terdahulu, jurucakap kementerian, Asyraf al-Qudra memaklumkan Mohammed al-Houm, 14, dan Iyad Al-Shaar, 18, ditembak mati tentera Israel dalam insiden berasingan.

Beliau kemudian memaklumkan dua lagi penduduk Palestin ditembak mati tanpa menamakan mangsa.

Israel berkata, kira-kira 20,000 penunjuk perasaan berkumpulan di beberapa lokasi di sepanjang sempadan. Katanya penunjuk perasaan membaling bom tangan dan bahan letupan. - AFP

Berita Harian X