Selasa, 25 September 2018 | 8:39pm
Arab Saudi akan menawarkan visa elektronik kepada pelancong asing. - Gambar hiasan

Visa elektronik untuk pelancong ke acara tertentu

RIYADH: Arab Saudi akan menawarkan visa elektronik kepada pelancong asing untuk menghadiri acara sukan dan konsert bermula Disember ini, ketika negara itu cuba mempelbagaikan ekonomi dan lebih terbuka.

Proses visa ‘sharek’ akan diperkenalkan pada pelancaran perlumbaan Saudia Ad Diriyah E Prix pada 15 Disember ini, menurut kenyataan Pihak Berkuasa Sukan. — Reuters

Berita Harian X