Sabtu, 22 September 2018 | 2:03am
PENDUDUK Palestin mengadakan tunjuk perasaan di timur bandar Gaza. - Foto AFP
PENDUDUK Palestin mengadakan tunjuk perasaan di timur bandar Gaza. - Foto AFP

Zionis tembak mati lelaki Palestin

GAZA: Seorang penduduk Palestin ditembak mati Israel dalam pertempuran baharu di sepanjang sempadan Gaza, semalam, kata kementerian kesihatan di wilayah Hamas itu.

Jurucakap kementerian berkata, lelaki yang identitinya tidak diketahui itu terbunuh, ketika tunjuk perasaan di timur bandar Gaza. Katanya, lebih 100 mangsa lain turut cedera.

Penduduk Palestin menganjurkan tunjuk perasaan di sepanjang sempadan, selama berbulan-bulan sehingga membawa kepada protes ganas yang mengakibatkan 185 orang ditembak Zionis, sejak 30 Mac lalu. - AFP

Berita Harian X