Jumaat, 21 September 2018 | 8:30pm
HERAT, Afghanistan
HERAT, Afghanistan

15 maut nahas jalan raya di Afghanistan

HERAT: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh apabila sebuah bas bertembung dengan trak di barat Afghanistan hari ini, kata pegawai, dalam kemalangan jalan raya besar kedua bulan ini.

Sementara 30 lagi cedera dalam nahas awal pagi di daerah Bakwa di wilayah Farah, kata jurucakap polis, Mohibullah Mohib.

Bas berkenaan datang dari Herat ke Kandahar apabila kemalangan itu berlaku.

Sekurang-kurangnya tiga wanita dan dua kanak-kanak antara yang terbunuh, kata jurucakap gabenor Farah, Nasir Mehri.

Semua yang terkorban ialah penumpang bas.

Tidak dapat dijelaskan bagaimana kemalangan itu berlaku tetapi nahas membabitkan bas penumpang jarak jauh biasa di Afghanistan.

Awal bulan ini, sekurang-kurangnya 13 maut dan 25 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan bas dan trak di Kandahar. — AFP

Berita Harian X