Sabtu, 8 September 2018 | 1:16am
PARAMEDIK Palestin memberi bantuan kecemasan kepada penunjuk perasaan yang cedera di sempadan Israel-Gaza. - Foto AFP
PARAMEDIK Palestin memberi bantuan kecemasan kepada penunjuk perasaan yang cedera di sempadan Israel-Gaza. - Foto AFP

Remaja Palestin maut ditembak Zionis

BANDAR GAZA: Seorang remaja Palestin ditembak mati tentera Israel ketika pertempuran terbaharu di sempadan Gaza hari ini, kata Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan kementerian, Bilal Khafaja, 17, ditembak di bahagian dada ketika pertempuran di timur Rafah di selatan Gaza.

Ribuan penunjuk perasaan sekali lagi menghampiri sempadan di beberapa lokasi petang hari ini, insiden terbaharu dalam bantahan sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, belon dipasang peranti mudah bakar diterbangkan ke sempadan, selepas tidak muncul sejak beberapa minggu lalu.

Terdahulu hari ini, seorang remaja Palestin, Amjed Hamdouna, 19, yang cedera sejak 14 Julai lalu, meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya, kata kementerian.

Sekurang-kurangnya 174 penduduk Palestin dibunuh rejim Zionis di Gaza sejak tunjuk perasaan meletus 30 Mac lalu. -AFP.

Berita Harian X