Ahad, 5 Ogos 2018 | 6:10pm

3 maut, Taliban serang tentera NATO

KABUL: Seorang pengebom nekad membunuh tiga anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang sedang melakukan rondaan di timur Afghanistan hari ini, kata pihak berkuasa.

Seorang anggota misi Sokongan Damai NATO, seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) dan dua askar Afghanistan cedera, kata misi itu. Serangan itu sedang disiasat.

Pihak berkuasa berkata, letupan berlaku di kawasan Khalazai di Charikar, ibu kota wilayah Parwan.

Jurucakap gabenor wilayah Parwan, Wahida Shahkar berkata, pengebom menyasar tentera asing yang sedang melakukan rondaan rutin.

Taliban yang berjuang mengembalikan undang-undang tegas Islam selepas disingkir pada 2001, mengaku bertanggungjawab. -Reuters

Berita Harian X