Isnin, 30 Julai 2018 | 8:03pm

Banjir di India: 80 maut, hospital dipenuhi ikan

NEW DELHI: Air kotor bersama ikan membanjiri sebuah hospital di timur laut India selepas hujan monsun menyebabkan sekurang-kurangnya 80 maut dalam nahas berkaitan cuaca sejak beberapa hari lalu, kata pihak berkuasa hari ini.

Pesakit duduk dengan kaki mereka di atas katil di hospital Kolej Perubatan Nalanda di Bihar apabila air membanjiri unit jagaan rapi (ICU), menyebabkan huru hara ketika hujan monsun menjejaskan infrastruktur usang negara itu.

"Sebahagian lantai tingkat bawah dinaiki air semalam (Ahad) selepas sebatang paip tersumbat akibat hujan lebat, menyebabkan banjir," kata Pengetua kolej hospital, Sitaram Prasad.

Pemandangan Sungai Yanmuna menunjukkan kawasan banjir yang berdekatan dengan tebing sungai di New Delhi, India. - Foto EPA
Pemandangan Sungai Yanmuna menunjukkan kawasan banjir yang berdekatan dengan tebing sungai di New Delhi, India. - Foto EPA

Penduduk India duduk bersebelahan dengan rumah kecil yang separuh tenggelam di kawasan rendah berhampiran tebing sungai Yamuna di New Delhi, India. - Foto EPA
Penduduk India duduk bersebelahan dengan rumah kecil yang separuh tenggelam di kawasan rendah berhampiran tebing sungai Yamuna di New Delhi, India. - Foto EPA

Puluhan ribu bangunan dan rumah di seluruh India kerap dinaiki air ketika musim monsun dari Jun hingga September, membawa kematian dan kemusnahan.

Kira-kira 545 maut di seluruh negara sejak Mei lalu akibat hujan dengan lebih sejuta terjejas.

Ketua Pengurusan Bencana di Uttar Pradesh di barat Bihar, Sanjay Kumar berkata, 80 orang terbunuh akibat rumah atau dinding runtuh sejak Khamis lalu selepas hujan lebat turun di kebanyakan rantau itu.

Negeri berjiran juga dalam keadaan berjaga-jaga dengan pihak berkuasa mengeluarkan 3,000 penduduk dari kawasan berhampiran Sungai Yamuna, yang mengalir di atas paras bahaya di ibu kota ini.

Orang India berdiri di atas jambatan ketika mereka melihat paras air Sungai Yamuna yang naik akibat banjir di New Delhi. - Foto EPA
Orang India berdiri di atas jambatan ketika mereka melihat paras air Sungai Yamuna yang naik akibat banjir di New Delhi. - Foto EPA

Sebuah jambatan besi berusia 150 tahun ditutup ketika paras air naik. Pihak berkuasa di Haryana berkata, banyak sungai menghampiri paras bahaya.

Gujarat di barat dan negeri timur laut Assam turut terjejas dengan lebih 200,000 tinggal di kem bantuan.

Mumbai, ibu kota negeri barat Maharashtra, menerima hujan lebat selama beberapa hari yang menjejaskan pengangkutan awam dan mencetuskan banjir teruk. -AFP

Bilik dan koridor hospital, di mana sebilangan besar pesakit datang dari seluruh Bihar Timur untuk rawatan, dibanjiri dengan air. - Foto: Twitter @yadavtejashwi
Bilik dan koridor hospital, di mana sebilangan besar pesakit datang dari seluruh Bihar Timur untuk rawatan, dibanjiri dengan air. - Foto: Twitter @yadavtejashwi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X