Jumaat, 13 Julai 2018 | 9:25am

19 maut kilang kimia meletup

SHANGHAI : Seramai 19 orang maut manakala 12 lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kilang kimia di Sichuan, barat daya China.

Pihak berkuasa daerah Jiang'an dalam satu kenyataan berkata, punca letupan kilang Yibin Hengda Technology di kawasan perindustrian itu masih belum diketahui.

Kilang berkenaan terletak beberapa jam dari ibu negeri wilayah Chengdu.

Foto yang tersebar di rangkaian media sosial China memaparkan kebakaran besar dengan asap tebal menyelubungi kilang terbabit.

China sejak tahun lalu mempelbagaikan usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan perindustrian, susulan beberapa kes berprofil tinggi di lombong arang batu dan kilang kimia.

Pada 2015, satu letupan di gudang kimia di utara bandar pelabuhan Tianjin meragut 165 nyawa, manakala lapan orang maut dan sembilan lagi cedera dalam letupan kilang petrokimia di timur wilayah Shandong, tahun lalu. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X