Isnin, 2 Julai 2018 | 1:49pm
POLIS menyiasat tempat kejadian. - Foto REUTERS
POLIS menyiasat tempat kejadian. - Foto REUTERS

5 disyaki culik budak di India mati dipukul

NEW DELHI: Polis India berkata hari ini, pihaknya menahan 23 orang selepas lima lelaki mati dipukul sekumpulan samseng dalam satu lagi insiden keganasan kejam di negara itu.

Media tempatan menganggarkan lebih 25 orang dibunuh sejak beberapa bulan lalu dalam kes serupa disebabkan penularan khabar angin palsu di telefon pintar membabitkan penculikan kanak-kanak atau tuduhan mencuri atau gangguan seksual.

Insiden terbaharu membabitkan lapan lelaki yang datang ke daerah Dhule, sejauh 330 kilometer dari Mumbai di barat negeri Maharashtra, semalam.

Polis berkata, serangan bermula selepas penduduk tempatan terlihat seorang daripada lapan lelaki terbabit bercakap dengan seorang kanak-kanak, selepas turun dari sebuah bas berhampiran kampung Rainpada.

"Penduduk kemudian berjumpa lelaki terbabit selepas mengesyaki mereka adalah penculik kanak-kanak," kata ketua polis Dhule, M Ramkumar kepada AFP.

Tiga daripada lelaki terbabit berjaya melarikan ini, namun lima daripadanya diheret ke pejabat majlis perkampungan dan dipukul sehingga mati menggunakan kayu serta objek keras.

Polis berkata, mereka mengenal pasti penyerang disyaki daripada satu rakaman video ketika serangan. Katanya, 12 suspek lain masih diburu. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X