Ahad, 1 Julai 2018 | 9:44pm
BANGKAI bas dan barangan penumpang berselerak selepas kenderaan berkenaan terhumban ke dalam gaung di bahagian utara Uttarakhand di kawasan pergunungan Himalaya, semalam. - Foto AFP

44 maut, bas terjun gaung di utara India

DEHRADUN: Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh di India utara selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung hari ini di negeri Uttarakhand, Himalaya kata polisi.

Menurut pegawai pengurusan bencana daerah Pauri Garhwal, Deepesh Chandra Kala, seramai 44 orang terkorban dalam kemalangan itu dan sekurang-kurangnya tiga yang lain cedera.

Sehingga kini, kerja-kerja menyelamat masih giat dijalankan. - AFP

Berita Harian X