Selasa, 5 Jun 2018 | 9:37pm
Gambar fail, peluru berpandu Houthi dilancar dari Yemen. - Foto AFP
Gambar fail, peluru berpandu Houthi dilancar dari Yemen. - Foto AFP

Arab Saudi pintas peluru berpandu dari Yaman

RIYADH: Tentera Udara Arab Saudi berjaya memintas peluru berpandu balistik yang dibedil pemberontak Yaman, semalam mensasarkan barat bandar Yanbu, dekat sini.

Menurut satu kenyataan disiarkan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik jurucakap tentera pakatan diketuai Arab Saudi, Turki al-Maliki, peluru berkenaan ditembak ke bandar pesisir pantai. Bagaimanapun tiada laporan menyebut mangsa terkorban dalam insiden itu.

Sejak kebelakangan ini, pemberontak Houthi yang disokong Iran sering melancarkan serangan peluru berpandu terhadap negara jiran, Arab Saudi yang mengetuai sebuah tentera pakatan bagi menentang pemberontak sejak 2015.

Serangan terbaru itu muncul selepas tentera pakatan yang disokong tentera Yaman melancarkan serang ke atas pelabuhan Hodeida di Laut Merah yang ditawan pemberontak. -AFP.

Berita Harian X