Ahad, 3 Jun 2018 | 10:03am
SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Jim Mattis. - Foto Reuters
SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Jim Mattis. - Foto Reuters

Pyongyang 'bebas' jika hapus senjata nuklear kekal

SINGAPURA: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Jim Mattis berkata hari ini, Korea Utara akan dibebaskan daripada sekatan hanya selepas ia menunjukkan langkah 'disahkan dan tidak berbalik' terhadap gencatan senjata nuklear negaranya.

Beliau menambah, isu itu menjadi halangan utama dalam pertemuan antara Presiden Donald Trump dan Kim Jong-un pada 12 Jun ini.

"Kami boleh menjangka, laluan berliku terhadap rundingan. Kami akan terus melaksanakan semua resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap Korea Utara.

"Korea Utara akan dibebaskan daripada sekatan hanya apabila ia menunjukkan langkah disahkan dan tidak berbalik terhadap gencatan senjata nuklearnya," kata Mattis sebelum permulaan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Korea Selatan dan Jepun di luar dialog Shangri-la di republik ini. -Reuters

Berita Harian X