Jumaat, 27 April 2018 | 8:52am
Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in memberi tabik hormat di sebelah pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un semasa majlis di Sidang Kemuncak antara Korea di Panmunjom, Korea Selatan. - Foto REUTERS

Jae-in, Jong Un tiba di Zon Bebas Tentera

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un tiba di Zon Bebas Tentera hari ini sempena pertemuan bersejarah sidang kemuncak pertama di antara kedua-dua negara sejak lebih sedekad.

Sebaik Jong Un melangkah garisan berkenaan, beliau menjadi pemimpin Korea Utara pertama menjejakkan kaki ke Selatan sejak Perang Korea berakhir 65 tahun lalu.

Jae-in menyambut ketibaan Kim di Garisan Sempadan Ketenteraan yang bertindak sebagai sempadan di antara kedua negara sebelum perbincangan yang memberi tumpuan kepada senjata nuklear Utara berlangsung.

"Saya gembira dapat bertemu dengan anda," kata Jae-in kepada rakan sejawatnya Jong Un, pemimpin Utara pertama untuk masuk ke Selatan sejak perang Korea.

Jae-in juga sempat melangkah masuk seketika ke Korea Utara sebelum kembali semula ke Selatan sebagai tanda penghormatan. - AFP

Layari Galeri Jong Un, Jae-in ke sidang kemuncak bersejarah Korea di https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/13/2018/04/417568/jong-un-jae-k...

Berita Harian X