Selasa, 24 April 2018 | 1:10am

Arab Saudi pintas peluru berpandu sasar kemudahan Aramco

RIYADH: Dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan pemberontak Houthi Yaman menyasarkan kemudahan Aramco di bandar Jizan, Arab Saudi hari ini berjaya dimusnahkan, lapor media rasmi Arab Saudi.

Televisyen propaganda Houthi, al-Masirah berkata ia menyasarkan sebuah pelabuhan milik negara gergasi minyak, Arab Saudi itu.

Agensi berita kerajaan memetik jurucakap tentera gabungan pimpinan Arab Saudi sebagai berkata, kedua-dua peluru berpandu itu dipintas di Jizan dan serpihannya terjatuh ke kawasan kediaman.

"Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini," kata Kolonel Turki al-Maliki.

Houthi mendakwa serangan peluru berpandu terhadap kerajaan itu adalah tindak balas ke atas serangan udara di Yaman oleh gabungan Barat.

Arab Saudi dan sekutunya campur tangan dalam perang saudara di Yaman untuk cuba mengembalikan semula kerajaan yang diiktiraf antarabangsa selepas dijatuhkan pemberontak Houthi. - Reuters

Berita Harian X