Jumaat, 20 April 2018 | 11:59pm
ORANG ramai mengusung mangsa yang tercedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di sempadan Gaza-Israel. - Foto Reuters
ORANG ramai mengusung mangsa yang tercedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di sempadan Gaza-Israel. - Foto Reuters

Pergolakan sempadan Gaza-Israel, 2 warga Palestin terkorban

GAZA: Tentera Israel menembak mati dua rakyat Palestin dan mencederakan 12 lagi dalam pergolakan terbaru di sempadan Gaza-Israel hari ini tatkala siri tunjuk perasaan besar-besaran yang dirancang mencapai titik pertengahan.

Menurut pegawai kesihatan di Gaza, sejak rusuhan berlaku pada 30 Mac lalu, angka kematian sudah mencecah 36 orang manakala ratusan lagi cedera.

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon kelahiran Israel di Hollywood, Amerika Syarikat, Natalie Portman, mengumumkan beliau tidak akan menghadiri majlis di Israel untuk menerima hadiah bernilai AS$1 juta (RM3.9 juta) kerana peristiwa 'menyedihkan' yang berlaku di negara itu.

Tunjuk perasaan terbabit diadakan setiap Jumaat sejak sebulan lalu oleh pelarian Palestin bagi mendapatkan kembali rumah pusaka mereka yang kini dikatakan berada dalam wilayah Israel dan kemuncak tunjuk perasaan itu dijangka berlaku pada 15 Mei ini. - Reuters.

Berita Harian X