Ahad, 1 April 2018 | 11:38pm
KIM Jong-un (kiri) bersama Menteri Kebudayaan Korea Selatan Do Jong-hwan semasa menghadiri konsert di Teater Besar Pyongyang Timur di Pyongyang, Korea Utara. - Foto EPA

Korea Utara tonton konsert artis Korea Selatan

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini menghadiri konsert pertamanya sejak lebih sedekad lalu di Pyongyang, oleh penghibur Korea Selatan termasuk sebuah kumpulan K-pop wanita, langkah terkini ke arah perdamaian menjelang sidang kemuncak antara Korea.

Kumpulan 120 anggota termasuk 11 persembahan muzikal berserta penari, juruteknik dan seni bela diri itu mengadakan konsert pada Ahad dan Selasa.

Jong Un dan isterinya menyaksikan pertunjukan pada Ahad, kata pegawai kementerian kebudayaan Seoul, menjadikannya pemimpin pertama Utara untuk menghadiri konsert oleh artis Korea Selatan.

Jong Un berkata acara kebudayaan antara Korea perlu diadakan lebih kerap lagi dan mencadangkan satu lagi persembahan di Seoul pada musim luruh ini, kata Agensi Berita Selatan, Yonhap.

Dua lagi pegawai tertinggi Korea Utara, adik Jong Un, Kim Yo Jong dan ketua nominal negara, Kim Yong Nam, turut hadir, kata laporan itu.

Pertemuan itu dicetuskan oleh Sukan Olimpik Musim Sejuk di Selatan, apabila pemimpin utara itu menghantar atlit, pasukan penyokong dan adiknya sebagai utusan khas. - AFP

Berita Harian X