Jumaat, 30 March 2018 | 8:02pm
ANGKA kematian susulan tunjuk perasaan di sempadan Gaza-Israel meningkat kepada lima selepas remaja 16 tahun ditembak mati tentera Israel. - Foto AFP
ANGKA kematian susulan tunjuk perasaan di sempadan Gaza-Israel meningkat kepada lima selepas remaja 16 tahun ditembak mati tentera Israel. - Foto AFP

Remaja 16 tahun korban terbaru rejim Zionis

GAZA: Angka kematian susulan tunjuk perasaan di sempadan Gaza-Israel meningkat kepada lima selepas remaja 16 tahun ditembak mati tentera Israel.

Ketegangan memuncak sepanjang sempadan kerana bantahan itu yang diadakan berkebetulan dengan sambutan Good Friday oleh penduduk Yahudi dan Kristian.

Terdahulu, sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terkorban dan lebih 50 lagi cedera akibat ditembak tentera rejim Zionis, ketika ribuan memulakan bantahan enam minggu di sepanjang sempadan Gaza dengan Israel, hari ini.

Seorang daripada mangsa yang terbunuh, ialah petani di Gaza yang maut terkena peluru kereta kebal Israel di selatan Semenanjung Gaza, pada sebelah pagi.- AFP/Reuters

Berita Harian X