Isnin, 19 March 2018 | 7:46am
AMBULANS tiba di lokasi kejadian seorang pengawal keselamatan Israel mati ditikam seorang penduduk Palestin di Kota Lama, semalam.- Foto AFP
AMBULANS tiba di lokasi kejadian seorang pengawal keselamatan Israel mati ditikam seorang penduduk Palestin di Kota Lama, semalam.- Foto AFP

Polis Israel tembak mati penduduk Palestin

BAITULMAQDIS: Seorang penduduk Palestin terkorban ditembak polis rejim Zionis selepas menikam mati pengawal keselamatan Israel di Kota Lama semalam.

Kejadian berlaku dengan kebimbangan berhubung kemungkinan berlaku kebangkitan susulan ketegangan sejak beberapa minggu lalu ketika Amerika Syarikat bersedia memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis.

Pengawal keselamatan berkenaan dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal kerana cedera di perut.

Hospital kemudian mengumumkan beliau meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld, mengesahkan penduduk Palestin itu ditembak mati.

Perkhidmatan keselamatan dalam negeri Israel, Shin Bet, mengenal pasti beliau sebagai Abdul Rahman Faddal, 28, dan bapa kepada dua anak dari Aqraba berhampiran Nablus. - AFP

Berita Harian X