X
Jumaat, 23 Februari 2018 | 12:52am
SANTLAL Pal mempunyai ketumbuhan seberat hampir dua kilogram sebelum pembedahan dilakukan 14 Februari lalu. - Foto AFP
SANTLAL Pal mempunyai ketumbuhan seberat hampir dua kilogram sebelum pembedahan dilakukan 14 Februari lalu. - Foto AFP

Pakar India keluarkan ketumbuhan otak paling berat

MUMBAI: Pakar bedah India yang mengeluarkan satu ketumbuhan otak paling besar dalam prosedur tujuh jam tanpa henti berkata, mereka percaya ia paling berat pernah direkodkan.

Pakar bedah saraf, Dr Trimurti Nadkarni memberitahu AFP, pembedahan itu mengambil masa tujuh jam untuk selesai dan pesakit memerlukan 11 unit darah.

Santlal Pal, 31, seorang pekedai, mempunyai ketumbuhan seberat hampir dua kilogram sebelum pembedahan dilakukan 14 Februari lalu.

"Ia sememangnya satu pembedahan rumit dan jerih. Selepas pesakit sedar, kami menjalankan penyelidikan dan merumuskan ini adalah ketumbuhan paling berat pernah dilaporkan setakat ini," kata Dr Nadkarni, ketua pembedahan saraf di Hospital BYL Nair di sini.

Ketumbuhan otak seberat 1.87 kilogram itu menjejaskan penglihatan pesakit dan menyebabkan sakit kepala berterusan.

"Ia adalah satu pembedahan luar biasa dan pesakit terselamat. Sebelum pembedahan, dia mempunyai kadar penglihatan minimum, namun kini bertambah baik," kata Dr Nadkarni. -AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X