Khamis, 22 Februari 2018 | 9:15am
GAMBAR fail, kelihatan, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, isterinya, Kim Jung-Sook, Presiden Presidium Majlis Rakyat Agung Korea Utara, Kim Young Nam, adik perempuan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un (atas, dua dari kiri), Kim Yo-Jong, Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, Naib Presiden AS, Mike Pence dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada Majlis Pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 9 Februari lalu. - Foto REUTERS

Seoul belanja RM800,000 rai kunjungan adik Kim Jong-un

SEOUL: Korea Selatan membelanjakan kira-kira 240 juta won (RM872,561) bagi membiayai kunjungan adik pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan rombongan ke negara itu, selama tiga hari sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.

Menurut pegawai Kementerian Penyatuan Korea Selatan yang enggan namanya disiarkan, kebanyakannya bagi menampung kos penginapan, pengangkutan dan makanan bagi empat ahli delegasi dan 18 kakitangan yang mengiringi rombongan itu.

Adik Jong-un, Kim Yo-jong dan pegawai Korea Utara dilaporkan tinggal di Hotel Walkerhill, iaitu hotel bertaraf lima bintang yang terletak di tepi sungai di timur Seoul.

Selain berulang-alik dari Seoul ke lokasi Sukan Olimpik Musim Sejuk di pantai timur Korea Selatan, Yo-jong dan delegasinya turut dibawa menikmati jamuan di beberapa hotel terkemuka di negara itu.

"Kementerian Penyatuan membelanjakan kira-kira 130 juta won (RM472,637) untuk penginapan dan 50 juta won (RM181,784) masing-masing untuk pengangkutan serta makanan," kata pegawai itu.

Sementara itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) membayar kira-kira AS$50,000 (RM195,406) kepada 22 atlet atau AS$2,300 (RM8,989) bagi setiap atlet Korea Utara bagi menjalani latihan atau sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Musim Sejuk. - Reuters

Berita Harian X