Selasa, 20 Februari 2018 | 6:15pm

Susu formula unta dijual di Dubai

DUBAI: Sebuah syarikat berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendedahkan apa yang digelar formula bayi berasaskan susu unta, serbuk campuran segera yang menyasar bayi mempunyai alahan susu lembu.

Syarikat Emirates Industry for Camel Milk & Products atau 'Camelicious', semalam mendedahkan produk itu pada Gulfood 2018, acara perdagangan makanan dan minuman antarabangsa berlangsung dari 18 hingga 22 Februari di sini.

Susu itu, dikatakan sesuai bagi kanak-kanak berusia antara setahun hingga tiga tahun, mempunyai matlamat manyasar bayi yang alah dengan susu lembu.

Susu unta menjadi hidangan ruji selama berkurun buat penduduk Badwi di seluruh negara Teluk, yang terus menjadikannya satu hidangan utama dalam diet moden.

Kedua-dua susu dan daging unta amat terkenal di negara Teluk sejak beberapa tahun lalu dengan produk termasuk coklat, carpaccio, burger dan terkini susu formula unta kini menjadi pilihan restoran dan dapur.

Syarikat itu menggelar produk terbaharunya, 'susu bayi segera pertama dunia diproses daripada susu unta.' -AFP

Berita Harian X