Sabtu, 20 Januari 2018 | 12:48pm
PEKERJA forensik memeriksa kawasan kebakaran di sebuah motel di pinggir ibu negara.- Foto AFP
PEKERJA forensik memeriksa kawasan kebakaran di sebuah motel di pinggir ibu negara.- Foto AFP

Lima maut serangan kebakaran di motel

SEOUL: Lima orang disahkan maut manakala empat lagi dimasukkan ke hospital dalam satu serangan membabitkan kebakaran di sebuah motel di pinggir ibu negara.

Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun yang mengaku memulakan kebakaran berkenaan.

Menurut saksi, lelaki bekerja sebagai penghantar surat itu melakukan jenayah berkenaan selepas marah apabila permintaannya untuk mendapatkan bilik di motel berkenaan ditolak kerana berada dalam keadaan mabuk.

Lelaki dikenali sebagai Yu itu, kemudiannya membeli 10 liter petrol dari sebuah stesen minyak berdekatan sebelum memulakan kebakaran.

Jiran berhampiran cuba memadamkan kebakaran itu menggunakan pemadam api, namun tindakan itu gagal berikutan api yang terlalu marak. - AFP

Berita Harian X