Ahad, 12 November 2017 | 8:35pm
Kokain. - Foto hiasan
Kokain. - Foto hiasan

Polis Hong Kong serbu makmal kokain

HONG KONG: Polis Hong Kong menyerbu makmal kokain di sebuah pangsapuri mewah dan merampas bahan narkotik dan dadah bernilai kira-kira AS$7.6 juta (RM32 juta), kata kenyataan hari ini.

Bahan narkotik itu dikatakan diimport dari Peru dan boleh digunakan untuk menghasilkan 40 kilogram kokain.

Selain itu, 10 kilogram disyaki kokain turut ditemui dalam pangsapuri berkenaan.

Ia dipercayai adalah yang pertama pangsapuri mewah digunakan sebagai makmal menghasilkan dadah, kata polis.

Kediaman empat bilik di New Territories itu berukuran 92 meter persegi.

"Apa yang menarik mengenai kes ini adalah pangsapuri mewah.

"Saya percaya sindiket dadah menggunakan ia untuk melindungi kegiatan mereka," kata Superintenden Ng Wing-sze dari biro narkotik.

Ng berkata, pengedar berkemungkinan boleh membawa bahan dan material lain ke pangsapuri itu dengan berpura-pura berpindah ke kediaman baru.

Empat lelaki berusia antara 19 dan 38 tahun ditahan, termasuk penduduk Hong Kong yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan itu dan seorang warga Peru yang mempunyai visa pelancong, lapor media selepas serbuan kelmarin. - AFP

Berita Harian X