Jumaat, 3 November 2017 | 6:46pm
TENTERA Syria di Deir al-Zor. - Foto Reuters
TENTERA Syria di Deir al-Zor. - Foto Reuters

Kerajaan Syria tawan Deir al-Zor

BEIRUT: Kerajaan Syria berjaya mendapatkan semula kawalan penuh ke atas Deir al-Zor, bandar timur negara itu daripada kumpulan pengganas Daesh, menurut stesen televisyen kerajaan dan sumber ketenteraan, hari ini.

"Tentera dengan kerjasama pakatan membebaskan bandar Deir al-Zor sepenuhnya daripada pertubuhan pengganas Daesh," kata sumber ketenteraan.

Selama bertahun-tahun, Daesh mengepung kawasan pentadbiran kerajaan di bandar itu sehingga berjaya dirampas tentera pada awal September lalu. Ia memulakan pertempuran di bandar raya ditawan militan.

Tentera menawan al-Hamidiya, Sheikh Yassin, al-Ardhi dan al-Rashidia dalam beberapa serangan, baru-baru ini. Daerah al-Hawiqa adalah kawasan terakhir dikuasai pengganas, lapor unit media ketenteraan sekutu Hezbollah.

Deir al-Zor terletak di barat tebing Sungai Euphrates, ia adalah bandar raya terbesar dan terpenting di timur Syria yang menjadi pusat pengeluaran minyak negara itu. - REUTERS

Berita Harian X