Selasa, 24 Oktober 2017 | 9:19pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Pertempuran sengit di Mosul ragut 28 nyawa

BAGHDAD: Militan Daesh dan anggota gabungan separa tentera Iraq, Hashed al-Shaabi, terperangkap dalam pertempuran berhampiran Mosul hari ini, dengan hampir 30 dilaporkan terbunuh.

Bandar raya kedua terbesar di Iraq itu berjaya dirampas semula daripada Daesh Julai lalu selepas serangan berpanjangan selama beberapa bulan.

"Pasukan Waad Allah menangkis serangan Daesh di padang pasir Hatra, kira-kira 100 kilometer ke barat daya Mosul," kata jurucakap unit Hashed.

Hashed adalah kumpulan induk pasukan separa tentera dibentuk pada 2014 untuk menyokong tentera Iraq selepas Daesh menawan sebahagian besar utara negara itu.

Dalam siri siaran atas talian, Waad Allah, berkata Daesh menghantar ramai pengebom nekad untuk menyerang tenteranya dan memberikan angka kematian militan itu seramai 24 orang dan empat orang anggotanya.

Tentera Iraq menawan semula lebih 90 peratus wilayah dirampas Daesh pada 2014, dengan militan itu kini terkepung di kawasan padang pasir di Anbar.

Namun di sebalik siri kekalahan, Daesh di Iraq masih mampu melancarkan serangan di kawasan yang diisytiharkan 'sudah bebas' beberapa bulan sebelumnya. - AFP

Berita Harian X