Selasa, 17 Oktober 2017 | 12:41pm
KEM Sokha.- Foto AFP
KEM Sokha.- Foto AFP

Washington desak Kem Sokha dibebas

PHNOM PENH: Amerika Syarikat mendesak Kerajaan Kemboja membebaskan pemimpin utama pembangkang, Kem Sokha daripada tahanan penjara.

Desakan itu dibuat selepas Parlimen negara itu mengundi untuk meminda undang-undang pilihan raya, yang membolehkan pengagihan kerusi parti pimpinan Kem Sokha, jika ia dibubarkan.

Ketika ini, kerajaan sedang berusaha untuk membubarkan Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) pimpinan Kem Sokha, atas alasan beliau dan parti itu cuba menggulingkan kerajaan.

Pembubaran CNRP dipercayai akan membolehkan Perdana Menteri, Hun Sen melanjutkan tempoh pemerintahannya selama 32 tahun dalam pilihan raya yang dijadual diadakan tahun depan.

Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, Washington mengambil berat langkah Parlimen Kemboja melaksanakan pindaan itu kerana ia memberi kesan kepada jutaan rakyat yang mengundi CNRP dalam pilihan raya pada 2013 dan baru-baru ini. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X