Jumaat, 1 September 2017 | 11:00pm
PUSINGAN terbaru rundingan konflik Syria akan diadakan pada 14 sehingga 15 September ini dengan topik utama perbincangan dijangka berkisarkan kepada penubuhan zon selamat.- Foto fail Reuters
PUSINGAN terbaru rundingan konflik Syria akan diadakan pada 14 sehingga 15 September ini dengan topik utama perbincangan dijangka berkisarkan kepada penubuhan zon selamat.- Foto fail Reuters

14 September tarikh rundingan konflik Syria

ASTANA: Pusingan terbaru rundingan konflik Syria akan diadakan pada 14 sehingga 15 September ini dengan topik utama perbincangan dijangka berkisarkan kepada penubuhan zon selamat.

Kementerian Luar Kazakhstan berkata, Russia dan Iran yang menyokong rejim Syria dan Turki dijangka membincangkan butiran terperinci penubuhan zon selamat, termasuk pihak bertanggungjawab mengawasi kawasan Idlib.

"Peserta juga dijangka memberi kata putus mengenai peta zon selamat itu khususnya di wilayah Idlib, Homs dan Timur Ghouta," kata kementerian terbabit dalam satu kenyataan.

Kenyataan berkenaan bagaimanapun tidak menyebut mengenai zon keempat di selatan Syria yang menjadi kebimbangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) susulan penyertaan Iran selepas gencatan dipersetujui antara Moscow dan Washington, Julai lalu.

Russia dilaporkan sudah menghantar pasukan polis tentera ke bahagian selatan Timur Ghouta berhampiran Damsyik dan sebahagian daripada Homs di bawah perjanjian damai itu. - AFP

Berita Harian X