Khamis, 24 Ogos 2017 | 11:11am
TAMAN permainan banjir di hadapan blok kediaman selepas hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Hato di Hong Kong. - Foto EPA
TAMAN permainan banjir di hadapan blok kediaman selepas hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Hato di Hong Kong. - Foto EPA
PEJALAN kaki melalui kawasan yang musnah akibat Taufan Hato di Macau, China. - Foto EPA
PEJALAN kaki melalui kawasan yang musnah akibat Taufan Hato di Macau, China. - Foto EPA
POKOK yang tumbang selepas berlakunya Taufan Hato di Macau, China. - Foto EPA
POKOK yang tumbang selepas berlakunya Taufan Hato di Macau, China. - Foto EPA

Taufan Hato ragut 12 nyawa

HONG KONG: Angka kematian akibat Taufan Hato meningkat kepada 12 orang dan mencederakan lebih 120 orang, di sini.

Pada masa sama, Hato turut menyebabkan amaran taufan tahap 10, paling teruk dan kali ketiga menyebabkan kemusnahan teruk sejak 20 tahun lalu.

Hong Kong dan wilayah sekitarnya kerap dilanda taufan di antara Julai dan Oktober.

Taufan terburuk pernah melanda adalah pada 1962 apabila Taufan Wanda membadai dengan kelajuan 284 kilometer sejam.

Ia meragut 130 nyawa dan menyebabkan 72,000 penduduk Hong Kong kehilangan tempat tinggal - AFP

Berita Harian X