Rabu, 9 Ogos 2017 | 8:51am

Gempa 6.3 magnitud landa Xinjiang

XINJIANG: Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 magnitud melanda barat China hari ini dekat bandar Yining di wilayah Xinjiang berhampiran sempadan Kazakhstan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Difahamkan pusat gegaran yang berlaku pada kira-kira jam 7.27 pagi (waktu tempatan) terletak 137 kilometer ke timur laut bandar Yining dengan penduduk berjumlah lebih 500,000 orang.

Gegaran yang pada awalnya dicatatkan pada 6.5 magnitud itu secara relatifnya berada pada kedalaman cetek 26 kilometer, kata USGS.

Gegaran berukuran 6.3 magnitud dianggap kuat dan mampu mengakibatkan kemusnahan teruk. - Reuters

Berita Harian X