Rabu, 26 Julai 2017 | 9:30pm
SEPASANG kembar siam Bangladesh yang bercantum di bahagian tengkorak akan menjalani satu pembedahan rumit dan berbahaya untuk memisahkan mereka.
SEPASANG kembar siam Bangladesh yang bercantum di bahagian tengkorak akan menjalani satu pembedahan rumit dan berbahaya untuk memisahkan mereka.

Kembar siam bercantum tengkorak akan dibedah

DHAKA: Sepasang kembar siam Bangladesh yang bercantum di bahagian tengkorak akan menjalani satu pembedahan rumit dan berbahaya untuk memisahkan mereka.

Kembar perempuan berusia setahun itu kini dalam pengawasan doktor untuk memastikan jika mereka berkongsi otak, agar keadaan itu tidak menyukarkan pembedahan.

Ketua Pakar Bedah Kanak-Kanak Hospital Universiti Sheikh Mujib Bangabandhu, Ruhul Amin berkata pembedahan itu adalah satu proses yang amat sukar dan perlu dilaksanakan dengan penuh berhati-hati.

"Kami sedang menilai keadaan mereka dan cuba menghubungi pakar dari seluruh dunia untuk mendapatkan pandangan dan bantuan," katanya.

Ibu bapa kembar itu yang juga guru sekolah datang ke ibu negara sejurus selepas mereka dilahirkan bagi memohon bantuan perubatan.

Ruhul Amin berkata, kedua-dua bayi itu berada dalam keadaan sihat dan ceria tetapi beliau memerlukan lebih masa untuk membuat kajian bagi meminimumkan risiko pembedahan.

Bapa kembar berkenaan, Rafiqul Islam berkata, beliau dan isteri sama sekali tidak menyangka akan dikurniakan sepasang kembar kerana ujian ultra bunyi tidak menyatakan sebarang komplikasi atau perkara luar biasa pada kandungan isterinya.

"Doktor hanya memberitahu bayi di dalam kandungan itu memiliki kepala besar," katanya. - AFP

Berita Harian X