Rabu, 26 Julai 2017 | 1:44am

Lubnan tahan 50 pengganas berbahaya

AMMAN: Lima puluh 'pengganas berbahaya' adalah antara ditahan dalam operasi besar-besaran tentera Lubnan di kem pelarian Syria, bulan lalu.

Ketua Tentera, Jeneral Joseph Oun dalam laman web tentera hari ini dipetik berkata, tahanan itu termasuk kumpulan yang terbabit dalam serangan di bandar Arsal pada 2014 dan menculik askar kerajaan.

Kem pelarian di sempadan kedua-dua negara itu adalah tempat persembunyian militan dari Syria.

Pasukan keselamatan Lubnan menyerbu kawasan kem untuk mencari suspek militan yang bersembunyi dalam kalangan pelarian.

"Tentera tidak akan membiarkan kem pelarian dijadikan tempat perlindungan pengganas," kata Oun, tanpa mendedahkan identiti militan terbabit. - REUTERS

Berita Harian X