Selasa, 25 Julai 2017 | 4:47pm
ANGGOTA tentera PLA China di Pulau Woody. - Foto fail Reuters

China bina pawagam di Paracel

BEIJING: China membuka pawagam di pulau bertelingkah di Laut China Selatan, sebahagian daripada usaha membangunkan infrastruktur awam sekali gus menyokong kedaulatan Beijing.

Agensi Xinhua berkata kelmarin, pawagam di Kepulauan Woody di Paracel yang turut dituntut Vietnam dan Taiwan, dilengkapi peralatan tayangan paling canggih.

"Pembukaan pawagam itu adalah sebahagian rancangan pihak berkuasa kebudayaan tempatan untuk menyediakan perkhidmatan komuniti di pulau yang diletakkan di bawah pentadbiran wilayah Sansha, " kata Xinhua.

Pulau Woody yang diletakkan dalam wilayah Sansha adalah pusat pentadbiran untuk Laut China Selatan.

China mengambil alih kawalan penuh Paracel pada 1974 selepas pertembungan tentera laut dengan Vietnam.

Walaupun China menggelar kawasan itu bandar, penduduk tetap Sansha itu tidak lebih beberapa ribu orang sahaja manakala kebanyakan pulau kecil dan terumbu karang bertelingkah di lautan itu tidak berpenghuni.

Reuters

Berita Harian X