Ahad, 23 Julai 2017 | 1:33am

Orang tengah Hizbullah maut dalam serangan bom

BEIRUT: Seorang perunding yang menjadi orang tengah antara militan dan Hizbullah terbunuh dalam pertempuran berhampiran sempadan Syria, hari ini.

Agensi berita rasmi ANI melaporkan, lelaki dikenali sebagai Ahmad al-Fliti itu sedang bertugas sebagai orang tengah antara kumpulan militan dan Hizbullah apabila cedera diserang dengan sejenis bom di Jurud Arsal.

"Beliau maut akibat kecederaan parah yang dialami dari serangan bom oleh pasukan pengganas Barisan Al-Nusra," kata agensi itu, merujuk kepada kumpulan serpihan Al-Qaeda yang berpangkalan di Syria.

Hizbullah dalam satu kenyataan berkata, kempen serangan ke atas kumpulan militan dari kedua-dua pihak sudah bermula di sempadan Syria.

Mereka turut mengumumkan kemaraan pasukan itu ke kawasan pergunungan di Jurud Arsal, hari ini. - AFP

Berita Harian X