Selasa, 19 Julai 2022 | 9:09pm
Gambar hiasan. - Foto AFP
Gambar hiasan. - Foto AFP

Puluhan diselamatkan, 13 masih hilang susulan feri karam di Indonesia

JAKARTA: Puluhan penumpang diselamatkan selepas sebuah feri karam akibat cuaca buruk di luar pesisir sebuah kepulauan di Indonesia manakala 13 lagi penumpang masih hilang, menurut seorang pegawai pasukan penyelamat hari ini.

KM Cahaya Arafah, yang membawa 77 penumpang dan anak kapal, tenggelam di perairan dekat kepulauan Ternate Isnin lalu ketika dalam perjalanan ke pulau Halmahera yang berdekatan.

Ketua agensi mencari dan menyelamat (SAR) tempatan, Fathur Rahman, berkata penduduk kampung belayar keluar menggunakan perahu panjang mereka bagi membantu pihak berkuasa menjalankan operasi .

"Sejumlah 64 mangsa yang terselamat dipindahkan ke perkampungan Tokaka (berhampiran lokasi tragedi bot karam) selepas penduduk kampung menemui mereka berenang ke pantai.

"Setakat jam 3:30 petang tadi (waktu tempatan), pihak berkuasa masih berusaha mencari baki 13 penumpang yang masih hilang," katanya.

Kemalangan marin adalah perkara biasa di Indonesia, nusantara asia tenggara yang merangkumi sekitar 17,000 pulau, di mana penduduknya bergantung kepada feri dan bot untuk bergerak, meskipun menghadapi risiko besar kerana kelemahan aspek keselamatan.

Mei lalu, sebuah feri membawa lebih 800 penumpang terkandas di beting pasir di perairan cetek di luas pesisir pantai Nusa Tenggara Timur selama dua hari sebelum berjaya dubawa keluar tanpa sebarang musibah.

Pada 2018, lebih 150 orang mati lepas selepas sebuah feri tenggelam di salah sebuah tasik paling dalam di dunia di kepulauan Sumatera. - AFP

Berita Harian X