Jumaat, 24 Jun 2022 | 9:44pm
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Singapura buka 5 lagi pusat ujian, vaksinasi COVID-19

SINGAPURA: Susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di republik ini, lima lagi lagi pusat ujian dan vaksinasi bersama (JTVC) mula dibuka semalam.

Pusat berkenaan terletak di Ang Mo Kio, Bukit Merah, Sengkang, Woodlands dan Yishun, dengan kelima-limanya menawarkan dua jenis vaksin COVID-19 iaitu vaksin jenis Pfizer-BioNTech/Comirnaty serta Moderna/Spikevax.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), dengan penambahan itu kini terdapat 10 JTVC di serata Singapura sekarang.

Selain lima pusat yang baru itu, terdapat juga JTVC di Bishan, Commonwealth, Jurong East, Kaki Bukit, dan Pasir Ris.

JTVC di Bishan menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Nuvaxovid Novavax.

MOH berkata orang ramai yang berumur 12 tahun dan ke atas boleh pergi ke mana-mana JTVC untuk mendapatkan dos vaksinasi atau dos penggalak mereka.

Kesemua 10 JTVC juga menawarkan khidmat Ujian Pantas Antigen (ART) dan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR). - AGENSI

Berita Harian X