Isnin, 23 Mei 2022 | 9:51am
Feri Mercraft 2 terbakar dengan sekurang-kurangnya tujuh penumpang maut. - Foto AGENSI
Feri Mercraft 2 terbakar dengan sekurang-kurangnya tujuh penumpang maut. - Foto AGENSI

Tujuh maut feri terbakar di Filipina

MANILA: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam kebakaran sebuah feri yang memaksa penumpang terjun ke laut, menurut pengawal pantai dan saksi.

Kebakaran berlaku di atas feri Mercraft 2 ketika ia membawa 124 penumpang dari Pulau Polillo ke Real di wilayah Quezon di pulau utama Luzon kira-kira jam 6.30 pagi (2230 GMT Ahad).

Feri Mercraft 2 terbakar dengan sekurang-kurangnya tujuh penumpang maut. - Foto AFP
Feri Mercraft 2 terbakar dengan sekurang-kurangnya tujuh penumpang maut. - Foto AFP

Operasi mencari mangsa yang terselamat sedang dijalankan, dengan 120 penumpang diselamatkan setakat ini dengan tujuh lagi mangsa dilaporkan hilang, kata jurucakap Pengawal Pantai Filipina Commodore Armando Balilo.

Ketika kejadian terdapat seramai 134 penumpang dan kru di atas feri yang mempunyai kapasiti 186 penumpang.

Gambar yang dikongsi pengawal pantai menunjukkan asap hitam tebal berkepul ketika api menyambar seluruh feri.

Feri Mercraft 2 terbakar dengan sekurang-kurangnya tujuh penumpang maut. - Foto AFP
Feri Mercraft 2 terbakar dengan sekurang-kurangnya tujuh penumpang maut. - Foto AFP

Balilo berkata, kebakaran dipercayai bermula di bilik enjin dan pasukan penyiasat bersedia melakukan siasatan bagi mengesan punca kejadian.

"Kami dapat menyelamatkan 40 mangsa dengan dua maut," kata Kapten Brunette Azagra, yang kapal penumpangnya berada 500 meter dari Merccraft ketika kebakaran berlaku.

"Mereka bernasib baik kerana kami juga datang dari Polillo. Mereka memintas kami, tetapi kami hanya berdekatan," kata Azagra kepada stesen radio tempatan.

Sekurang-kurangnya 23 orang dibawa ke hospital, kata pegawai bencana bandar, Real Ricky Poblete.

"Feri itu masih jauh dari pelabuhan, kira-kira tujuh kilometer jauhnya," kata Poblete. - AFP

Berita Harian X