Ahad, 15 Mei 2022 | 4:14pm
Vietnam menggugurkan syarat ujian COVID-19 bagi pengunjung yang memasuki negara itu bermula hari ini. - Foto AGENSI
Vietnam menggugurkan syarat ujian COVID-19 bagi pengunjung yang memasuki negara itu bermula hari ini. - Foto AGENSI

Vietnam gugurkan syarat ujian COVID-19 untuk ketibaan asing

HANOI: Vietnam menggugurkan syarat ujian COVID-19 bagi pengunjung yang memasuki negara itu bermula hari ini kerana wabak itu sudah dapat dikawal.

Langkah itu dibuat ketika jumlah kes COVID-19 di Vietnam menurun dengan ketara sejak 15 Mac tahun ini, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA), memetik dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Vu Duc Dam, semalam.

Dokumen itu menyatakan bahawa negara juga telah menyaksikan penurunan jumlah kematian COVID-19, kes teruk dan kemasukan ke hospital.

Banyak negara juga telah melonggarkan sekatan COVID-19 sementara vaksin sedia ada masih berkesan terhadap pelbagai varian coronavirus.

Vietnam menggugurkan syarat pengisytiharan kesihatan untuk ketibaan asing dari 27 April dan sijil vaksin COVID-19, keperluan kuarantin dari 16 Mac sejurus selepas ia membuka semula pelancongan untuk pelawat antarabangsa.

Negara itu setakat ini telah memberikan lebih daripada 216.5 juta dos vaksin COVID-19, yang mana hampir 68.7 juta orang telah divaksin dengan sekurang-kurangnya dua dos.

Minggu lalu, negara itu melaporkan hanya satu kematian COVID-19 sehari secara purata. - BERNAMA

Berita Harian X