Isnin, 7 Februari 2022 | 12:39pm
Gambar hiasan. - Foto NSTP
Gambar hiasan. - Foto NSTP

Thailand lancar restoran nasi dan kari bersubsidi bantu rakyat

BANGKOK: Seorang menteri dan bekas Ahli Parlimen melancarkan restoran menawarkan nasi dan kari berharga 20 baht (RM2.50) semalam, dalam usaha meringankan bebas kos sara hidup rakyat.

Menteri Pertanian dan Koperasi, Chalermchai Sreeon serta bekas Ahli Parlimen Bangkok, Chanin Rungsang, memulakan program itu dalam kalangan masyarakat di Suan Prok di daerah Bang Phlat, Bangkok.

Kedai makanan seumpamanya akan dimulakan dalam kalangan masyarakat di serata ibu negara, dengan bantuan Yayasan Ruam Duay Chuai Kan Sam Nuek Rak Ban Kerd, Kementerian Perdagangan dan jaringan sektor swasta.

Kata Chanin, nasi dengan kuah kari adalah makanan penting bagi penduduk bandar dan harga yang ditetapkan mencerminkan keadaan ekonomi semasa negara.

"Justeru, kami kurangkan kos pengeluaran pengusaha restoran untuk gas, bahan mentah dan penghantaran bagi membolehkan harga makanan setiap hidangan nasi dan kari dikurangkan kepada 20 baht.

"Sekurang-kurangnya sebuah restoran menawarkan makanan pada harga 20 baht akan diwujudkan di setiap kejiranan.

"Dalam pada itu, Kementerian Pertanian dan Koperasi turut mengedarkan benih sayuran kepada penduduk setempat untuk ditanam bagi kegunaan sendiri," katanya.

Beliau turut mempelawa mereka yang berminat membuka restoran seumpamanya untuk menghubungi Jabatan Perdagangan Dalam Negeri. - AGENSI

Berita Harian X