Isnin, 7 Februari 2022 | 10:19am
Gambar hiasan. - Foto AGENSI
Gambar hiasan. - Foto AGENSI

13 maut, 8 cedera dalam kemalangan bas di Yogyakarta

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 13 penumpang terbunuh dan lapan lagi cedera dalam kemalangan bas di Yogyakarta, Indonesia semalam.

Jurucakap Jabatan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan, Yusuf Latief, memberitahu Xinhua semalam , kemalangan berlaku di daerah Bantul sekitar jam 1 tengah hari semalam waktu tempatan.

"Semua mangsa yang cedera di bawa ke tiga hospital berdekatan, bas berkenaan membawa 40 penumpang ketika kemalangan berlaku.

"Kesemuanya adalah pekerja sebuah kilang tekstil, yang sedang dalam perjalanan ke Parangtritis, sebuah pusat pelancongan di pantai selatan pulau Jawa," katanya.

Pegawai akhbar Jabatan Mencari dan Menyelamat di Yogyakarta, Pipit Eriyanto, berkata antara mangsa ialah seorang kanak-kanak.

"Empat mangsa mengalami kecederaan serius manakala empat lagi hanya cedera ringan," katanya.

Komisioner Kanan Polis Daerah Bantul, Ihsan, berkata pemandu bas gagal mengawal kenderaan apabila menuruni jalan curam dan terbabas ke kanan jalan.

Tambah beliau, polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan maut itu. - AGENSI

Berita Harian X