Isnin, 28 September 2020 | 8:33pm
Masih ada penduduk Bangkok dilihat tidak memakai pelitup muka dengan betul. Thailand melanjutkan tempoh darurat selama sebulan lagi. - Foto AFP
Masih ada penduduk Bangkok dilihat tidak memakai pelitup muka dengan betul. Thailand melanjutkan tempoh darurat selama sebulan lagi. - Foto AFP

Tempoh darurat dilanjutkan sebulan lagi

BANGKOK: Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 hari ini membuat keputusan melanjutkan tempoh darurat di Thailand selama sebulan lagi apabila ia tamat pada hujung bulan ini.

Usaha bagi menangani pandemik virus itu adalah lanjutan kali keenam sejak keputusan itu diumumkan buat kali pertama pada Mac lalu.

Jumlah kes yang disahkan di Thailand meningkat kepada 3,545 jangkitan termasuk 59 maut, dengan 607 orang berada di pusat kuarantin negeri, 117 di hospital, 3,369 sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Statistik terkini menunjukkan, ancaman COVID-19 global sudah mencapai 33,343,583 kes jangkitan termasuk 1,002,986 kematian di 213 negara di serata dunia.

Thailand berada di kedudukan ke-138 di dunia dari segi jangkitan, sementara Amerika Syarikat (AS) mencatatkan jumlah tertinggi dengan 7.32 juta, diikuti India (6 juta), Brazil (4.73 juta), Russia (1.15) juta dan 813,056 kes di Colombia. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X