Ahad, 27 September 2020 | 7:13pm
Penari memakai pelindung muka ketika berlatih di pusat kesenian dan kebudayaan di Banda Aceh. - Foto AFP
Penari memakai pelindung muka ketika berlatih di pusat kesenian dan kebudayaan di Banda Aceh. - Foto AFP

Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini 275,213 kes, kematian 10,386

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 3,874 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 275,213.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 129,553 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 78 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 10,386 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 70,441 kes, dengan tambahan 1,217 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,118 orang, diikuti Jakarta (1,686), Jawa Tengah (1,389) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X